TIP MENULIS NOVEL - 2
πAntara perkara lain yang penting selain memilih genre ialah Watak dan Perwatakan. Langkah pertama dalam menulis novel adalah memilih genre, manakala langkah kedua pula adalah membentuk dan mencorakkan watak agar sesuai dengan jalan cerita yang dikarang.
Bagaimanakah cara untuk membina watak yang menarik? Adakah perlu menggunakan nama-nama yang modern atau hebat? Adakah perlu menyatakan ciri-ciri yang menunjukkan kesempurnaan watak tersebut contohnya kaya, kacak, rajin, berkarisma dan sebagainya?
Pada pandangan saya, TIDAK SEMESTINYA. Watak yang menarik dan hebat tidak perlu tampil dengan sempurna tanpa cacat cela. Apa yang penting pada watak adalah sifat dan keperibadiannya. Itu yang akan membawanya menyusuri jalan cerita dengan baik dan menarik. Soal pemilihan nama, ia juga penting sebenarnya. Misalnya dalam cerita bergenre sejarah, nama modern tidak sesuai digunakan. Nama yang digunakan perlu sesuai dengan latar belakang, masa dan tempat yang dipilih untuk karya. Namun, hal itu tidak perlu terlalu difokuskan, sehingga mengabaikan perkara-perkara lain yang lebih penting. Ini kerana, nama watak hanya 2% sahaja daripada keseluruhan karya.
π€ Jadi bagaimanakah cara untuk memastikan watak yang kita bentuk itu menarik, dan sesuai dengan karya? Di sini terdapat beberapa ciri yang boleh diteliti dalam membina dan mencorakkan watak.
1. Relatable (Memberi perkaitan)
Apa maksud relatable ni? Okay first, kita fahami dulu maknanya. Relatable boleh diertikan sebagai 'menghubungkan'. Menghubungkan apa? π Menghubungkan pembaca dengan watak yang kita bina. Bagaimana? Haa... Di sini saya akan berikan sedikit penjelasan mengenainya.
Salah satu perkara terpenting dalam menulis novel adalah mewujudkan relatable character. Relatable character ni macam mana? Adakah perlu menggunakan watak sebenar? Okey, relatable character di sini merupakan watak yang boleh menyalurkan rasa dan emosi kepada pembaca. Tidak semestinya diambil daripada kisah benar. Ia boleh juga menggunakan watak rekaan, tetapi pastikan watak-watak itu membawa pengalaman, perasaan, perlakuan, atau apa-apa sahaja yang boleh memberikan keterkaitan di antara karya dan para pembaca.
Kenapa relatable character penting? Kerana, ia merupakan medium yang membolehkan pembaca menjiwai cerita tersebut. Contoh, mereka mendapati terdapat persamaan antara diri mereka dengan watak utama. Maka selepas itu, mereka sudah pasti akan lebih menghayati jalan ceritanya. Satu perkara lagi, pembaca akan merasa dekat serta lebih mudah menyerap nilai dan pengajaran yang disampaikan.
πPS : Tetapi tidak semua cerita wajib mempunyai relatable character. Dan relatable character bukanlah satu kemestian untuk menjadi bestseller. Pandangan di atas hanyalah pendapat peribadi saya sebagai salah seorang penulis novel. Selebihnya terpulang kepada cara masing-masing.
2. Believable (Percaya)
Ciri kedua dalam mewujudkan watak yang menarik adalah 'believable character'. Apakah believable character ni? π Ia adalah sebuah watak yang terlihat seakan-akan 'benar'. Benar dari sudut apa? Believable character ini merupakan watak yang membuatkan pembaca merasakan seolah-olah watak itu benar-benar ada. Ia melibatkan banyak perkara contohnya dari segi kemunculan (appearance), personaliti, motif atau matlamat, emosi dan hubungan sosial.
Appearance biasanya dihuraikan berdasarkan gambaran fizikal contohnya mata, susuk tubuh, warna rambut atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan fizikal watak. Kebolehan penulis menghuraikan character appearance ini akan mewujudkan sebuah watak yang 'hidup'. Seterusnya, personaliti. Personaliti ini boleh dikaitkan dengan loghat, gaya pengucapan, atau boleh diselitkan kata-kata hikmat kegemarannya termasuklah nada suara. Ia juga melibatkan sifat seperti tegas, lemah lembut, penyayang, dan sebagainya. Personaliti juga penting dalam membina believable character.
Dalam mewujudkan believable character, sangat penting untuk penulis menetapkan matlamat / goal watak tersebut. Kerana, cerita tanpa matlamat atau sesuatu yang hendak dicapai akan membuatkan seluruh karya itu kurang bermakna. Contoh matlamat adalah seperti kebahagiaan dalam perhubungan, kekayaan, penebusan / mengembalikan maruah atau nama baik termasuklah balas dendam atas pengalaman lalu. Semua itu merupakan keinginan yang mungkin terdapat dalam diri watak.
Emosi pula boleh digambarkan dengan reaksi, yang mana ia harus sesuai dengan situasi. Contohnya, apabila disakiti. Letakkan diri kita pada tempat watak, kemudian fikirkan apakah tindakan kita pada waktu tersebut. Sekiranya tindakan itu agak tidak rasional, bina soalan 'mengapa ia dilakukan'.
π PS : Sangat penting untuk seorang penulis mengenali watak yang dibinanya luar dan dalam bagi membolehkannya memahami kekusutan yang dialami oleh watak. Juga jangan lupa, backstories adalah vital, kerana ia memberi pengaruh yang sangat kuat ke atas diri, personaliti dan segala tindak-tanduk watak. Satu hal lagi, penulis perlu memberi peluang kepada watak untuk berkembang. Maksudnya, sesebuah watak khususnya watak utama perlu mengalami perubahan, agar karya yang dibina itu tidak mendatar dan membosankan.
3. Consistent (Tekal)
Apa maksud tekal? Tekal bermaksud tidak berubah-ubah, atau tetap. Contoh paling mudah, dalam menulis novel, penggunaan nama watak perlu tekal. Misalnya pada awal bab kita menamakan watak itu Zainuddin, maka sehingga akhir penulisan pun, nama itulah yang perlu digunakan. Jangan mengubah di pertengahan misalnya menjadi 'Din' atau 'Zai' dan sebagainya.
Masuk kepada bab character consistency. Ketekalan watak bukan bermaksud watak itu perlu statik dan tidak berubah-ubah. Ketekalan ini merujuk kepada sifat watak itu sendiri. Contohnya watak A seorang yang panas baran atau bengis. Sifat itu perlu dikekalkan dari bab ke bab. Watak A tidak boleh tiba-tiba berubah menjadi periang dan peramah pada bab selepasnya. Ia terlihat mustahil untuk sifat seseorang berubah dalam sekelip mata. Melainkan watak itu menghidap bipolar disorder. Cuma, untuk mendatangkan perubahan kepada watak A itu, penulis perlu merangka babak atau peristiwa tertentu yang mendorong kepada pertukaran sifatnya. Itupun secara beransur-ansur, bukannya drastik.
Namun terdapat perkara yang perlu tekal dan tidak diubah. Contohnya, watak itu merupakan seorang yang right handed, bermata bundar berwarna coklat, mempunyai parut atau tattoo dan sebagainya. Ia merupakan ciri-ciri yang perlu dikekalkan. Manakala sifat pula mungkin boleh mengalami perubahan bergantung pada situasi, namun tidak sepenuhnya.
Macam mana cara korang membina watak?
Jom kongsikan di ruangan komen! π₯°
© All Rights Reserved
Tags:
TIP MENULIS NOVEL
0 comments