NOKTAH - SINOPSIS
Menyandang gelaran sebagai anak kepada seorang pembunuh bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi membesar dengan suapan tohmahan, makian dan sumpah seranah daripada masyarakat yang memandang hina terhadap ahli keluarga penjenayah.
NOKTAH merupakan sebuah novel yang berkisahkan tentang seorang gadis, iaitu Firuz yang merupakan penghidap Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD), kesan daripada tragedi berdarah pada 20 tahun yang lalu. Pertemuannya dengan Aidan, seorang pakar perubatan kecemasan telah menimbulkan titik perubahan dalam hidupnya.
"Cuba memaafkan dan berlapang dada adalah cara yang paling baik untuk melepaskan beban yang ada." - Firuz
"Somethings's missing. Saya tidak pasti apa hikmah di sebalik pertemuan ini. Tetapi saya dapat rasakan ada sesuatu yang masih tidak selesai antara kita." - Aidan
"Pengalaman dan masa silam mendorong pembentukan keperibadian seseorang. Tapi itu bukan alasan untuk kita melemparkan diri ke dalam lembah kebinasaan." - Firash
"Tak ada manusia yang lahir dengan jalan hidup yang sempurna mengikut kehendaknya. Ujian adalah cabang untuk kita memilih jalan hidup kita. Sama ada lebih dekat kepada-Nya atau semakin jauh dari petunjuk-Nya." - Aira
π₯° Lots of love, Cik Tinta
0 comments