DIA INSAN TERPILIH - BAB 3


Telefon bergetar. Along mengerling sekilas. Mesej masuk. Dibiarkan seketika. Kali kedua bergetar, Along mencapai telefonnya dan membuka peti masuk.

- Ammar, jom join kitorang pergi memancing -

Dahinya berkerut. Siapa pulak ni? Awal pagi pula tu hantar mesej. Tiada nama pengirim. Nombor pun tak dikenali. Dibalasnya sepatah.

- Siapa? -

Seminit kemudian, mesej masuk.

- Your cousins, Izzat and Wan -

Along memandang skrin telefon. Owhh. Anak Mak Long. Diorang balik bercuti agaknya. Along membalas.

- Okay.. Aku bawak member aku sorang -

Along bingkas bangun dan menyiapkan peralatan. Memancing merupakan antara aktiviti yang dia suka. Dulu dia digelar raja sungai. Setiap kali memancing, Along tak pernah pulang dengan tangan kosong. Akan ada juga hasil. Kalau tak banyak, sedikit pun jadi la.

Joran, umpan dan lain-lain sudah disediakan. Tikar kecil dicapainya. Dah lama tak bertemu sepupunya itu. Zaman sekarang hubungan silaturahim kurang dititikberatkan. Semuanya kerana teknologi sekarang sudah canggih. Mungkin pada masa akan datang, anak-anak tidak lagi mengenal sepupu sendiri. Maklumlah teknologi komunikasi sudah berkembang pesat. Sekeping mesej dihantar kepada Iqmal, sahabat yang setia di sisi saat dirinya tersisih.

* * * * *

Iqmal sudah tercegat di depan rumahnya. Puan Azizah keluar dan berdiri di pintu.

"Nak ke mana ni Iqmal?" soal Puan Azizah.

"Ammar ajak saya memancing mak cik," jawabnya sopan.

"Kamu tolong tengokkan dia, ya? Maklumlah remaja sekarang.. Lain yang dicakap, lain yang dibuat," sinis nada Puan Azizah.

Iqmal tersentak sedikit. Kemudian dia mengangguk dan menghadiahkan senyum plastik. Puan Azizah berlalu.

"Dah lama tunggu aku?" soal Along.

Sebuah beg galas yang berisi peralatan memancing, sebidang tikar dan dua botol air mineral dibawa ke kereta Iqmal. Iqmal tersenyum..

"Tak lama pun. Aku baru je sampai. Dah beritahu ibu kau yang kau nak pergi memancing ni?" soal Iqmal. Along mengangguk.

"Jom."

Masing-masing masuk ke dalam kereta. Iqmal yang memandu memandangkan Ammar masih tiada lesen. Enjin kereta dihidupkan.. Perlahan-lahan Audi keluar dari halaman rumah, meluncur laju ke jalan raya. Iqmal fokus memandu. Namun ada sesuatu yang kerap kali terlintas di fikirannya. Kenapa Puan Azizah cakap begitu? Dan hatinya mula berdebar, satu perasaan ganjil. Entah kenapa, rasa tak sedap hati. 

* * * * *

Sampai di rumah Mak Long, Along keluar dari kereta. Iqmal menunggu di dalam kereta, malas hendak matikan enjin.

"Assalamualaikum."

Setelah tiga kali memberi salam, Mak Longnya menjenguk keluar dan menjemputnya masuk. Along menolak namun setelah berkali-kali diajak oleh ibu saudaranya itu, dia melangkah masuk.

"Mak Long ada kerja sikit di dapur. Ammar tunggulah sekejap. Diorang dah nak siap tu." Along mengangguk patuh dan dia duduk di sofa sambil menunggu kedua-dua sepupunya.

10 minit kemudian, Izzat dan Ridhwan keluar dari bilik. Masing-masing membawa alatan keperluan memancing. Along tersenyum. Mereka berjalan beriringan ke kereta.

Apabila semua lengkap dan pasti tiada barang yang tertinggal, mereka memulakan perjalanan. Destinasi mereka ialah kawasan tasik, yang terkenal sebagai syurga bagi pemancing.

* * * * *

Setelah sampai, perkara utama yang perlu dilakukan ialah mencari tapak yang sesuai. Along memilih untuk duduk di bawah sepohon pokok yang rendang, membolehkannya berteduh dari terik matahari. Sepupunya, Izzat dan Ridhwan duduk tidak jauh dari tempat Along dan Iqmal.

Waktu memancing bermula. Along kelihatan tekun. Merenung jauh ke tengah tasik sambil lidahnya tidak berhenti daripada mengalunkan zikir. Kelihatan bahagia dan tenang. Iqmal sekadar memerhati. Kemudian dia meneliti gelagat sepupu Ammar. Hatinya terdetik rasa risau. Entah kenapa, tak tenang.

"Ammar, kau rapat ke dengan diorang tu?" soal Iqmal.

"Waktu kecil, memang rapat. Tapi satu insiden berlaku sewaktu kitorang sekolah menengah. Dah semakin renggang tapi aku tak mau la putus silaturahim. Hal kecil tak perlu dibesarkan." Along terus tekun memancing.

Iqmal diam sejenak. 'Aku sendiri pun rasa something dengan dua orang mamat tu, si Ammar ni boleh pulak yakin? Hishh.. Tak fahamlah dengan Ammar ni. Terlalu baik..'

"Dah... Jangan nak buruk sangka.. Kita ni saudara seagama. Jauhilah perbuatan keji dan buruk sangka." teguran Along membuatkan Iqmal tersengih.

"Mana kau tahu aku sedang fikir hal diorang?"

"Sekilas ikan di air, dah tahu jantan ke betina. Sekilas aku pandang muka kau. .dah tahu kau fikir apa" Along senyum..Ni kelas bahasa Melayu ke apa?

Iqmal tergelak. Lupa seketika dengan perasaan tidak sedap hatinya. Along bangun dan menghampiri kedua-dua sepupunya. Kesempatan ini digunakan untuk berbual dengan sepupunya.

* * * * *

Banyak jugak hasil yang Along dapat. Alhamdulillah. Rezeki Allah. Macam-macam saiz ada. Memang murah rezeki hari ni.

"Kau memang jaguh memancing la. Memang patut pun orang gelarkan kau Raja Sungai waktu sekolah dulu." ujar Iqmal sambil memandu.

"Semuanya rezeki Allah. Kalau kau nak, ambil je. Banyak juga tu kalau nak makan. Keluarga aku siapa je yang ada kat rumah." Along senyum.

Semua hasilnya akan diberikan kepada ibu. 'Ibu, Along sayang sangat kat ibu.'

Izzat dan Ridhwan hanya diam. Tiada satu pun umpan mereka yang kena. Macam mana nak mengena kalau waktu memancing pun sempat lagi bergaduh. Along mengerling jam tangannya. Dah pukul 1.28 tengah hari. Dah masuk waktu zuhur.

"Ehh, dah masuk waktu zuhur la.. Jom stop kat masjid kejap." Along mencadangkan.

Iqmal hanya mengangguk dan menurut. Kagum dengan Along. Apapun pekerjaan yang dilakukan, solat tak pernah dilewatkan.

"Wan, Izzat.. kita solat kejap ya sebelum balik?" soal Along, menoleh sedikit ke belakang meminta persetujuan sepupunya.

"Solat kat rumah aje la. Aku ada kerja nak buat. Sibuk ni." Ridhwan memprotes.

"A'aa.. Bukannya nak masuk waktu asar dah pun. Baru je masuk waktu zuhur kan?" Izzat pula menyokong.

Along memandang Iqmal. Kemudian menoleh ke belakang. Wajah Izzat dan Ridhwan dipandang.

"Rasulullah saw bersabda, 'Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu solat yang diwajibkan, lalu dia pun berwudhu' dengan wudhu' yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kifarah (memadamkan) dosa-dosanya yang lalu selagi dia tidak melakukan dosa besar' lancar Along membacakan hadis.

Izzat buat muka bosan. Ridhwan pula sentap. Mana tak sentapnya, solatnya hanya sekali seminggu. Itu pun solat jumaat.

"Baiklah ustaz celup" jawab Izzat,dengan muka terpaksa.

Iqmal tersenyum. Fuh..kawan aku ni ada gaya nak jadi ustaz. Memang layak sebenarnya. Pemanduan diteruskan sambil matanya melilau mencari masjid.

* * * * *

Iqmal keluar lebih awal daripada Along. Biasalah si Ammar tu, paling kurang sehelai al-Quran akan dibacanya selepas solat. Selesai memakai kasut, langkahnya diatur menuju ke keretanya. Izzat dan Ridhwan kelihatan terbongkok-bongkok mencari sesuatu. Ada benda hilang ke?

"Izzat, Wan... Kamu cari apa?" soal Iqmal seolah-olah menyergah.

Kedua-duanya kelihatan terperanjat. Iqmal berdiri sambil tangan disilang ke dada. Lagaknya macam bos. Kalau Along nampak, dah tentu dia ditegur. Sergah orang tanpa memberi salam..

"Ehh.. Tak... Ada apa-apa. Cari handphone tertinggal tadi." jawab Ridhwan, sedikit gagap.

Iqmal malas nak ambil tahu. Dia melangkah masuk dan duduk di tempat pemandu sementara menunggu Along. Ridhwan dan Izzat menghela nafas lega. Nasib baik tak kantoi. Kalau tak, rosak plan..

* * * * *

6.30 petang, Along tiba di rumah selepas singgah solat Asar di masjid dan menghantar kedua-dua sepupunya. Kebetulan waktu itu juga Angah keluar dari kereta. Mungkin keluar ke pekan. Tapi dengan siapa? Lelaki itu seperti dikenalinya.

"Aku balik dulu lah ya? Ada apa-apa.. Call aku ea?" setelah mengangkut barang-barang, Iqmal meminta diri. Along mengangguk, memerhati kereta Iqmal sehingga hilang dari pandangan.

Ikan dibawa masuk ke dapur. Dia takkan membiarkan ibu yang membuat kerja. Selagi boleh dilakukan sendiri, dia takkan meminta bantuan orang. Teringat hal Angah. Tak sempat pula nak tanya. Tak apalah, malam ni try slow talk dengan dia..

* * * * *

Selesai solat Isyak dan berwirid seketika, Along ke ruang tamu, kemudian duduk di sebelah Angah di sofa. Angah tetap tak menoleh. Matanya terus memandang kaca televisyen.

"Angah.." panggil Along, perlahan tapi cukup kuat untuk didengari.

"Apa?" mata tak lepas dari memandang televisyen.

"Angah ke mana tadi? Dan dengan siapa?" soal Along tanpa selindung.

"Angah keluar ke pekan dengan kawan." jawab Angah dingin.

"Lelaki?" kali ini Angah memusingkan badan, menghadap Along.

"Ya.. Lelaki. Salah ke?" soalan dibalas dengan soalan.

"Angah, pergaulan lelaki dan perempuan ada batasnya. Perempuan dan lelaki yang bukan mahram tak boleh keluar berduaan. Kena ada mahram."

"Angah bukan keluar dating!" jawapan Along membuatkannya panas hati. 'Sesuka hati nak tuduh' getusnya.

"Angah.. Along tak cakap yang Angah keluar dating. Along kenal Angah macam mana. Tapi itu tak bermaksud Angah boleh keluar dengan mana-mana lelaki. Along pun lelaki. Along kenal kawan Angah tu."

"Dah lah.. Tak habis-habis buruk sangka dengan orang lain. Macam diri sendiri tu bagus.." Angah membentak dan berlalu ke bilik.

Along tergamam. Bungkam tanpa kata. Jauh di sudut hatinya, dia bimbangkan Angah.

'Angah, kalaulah Angah tahu beratnya tanggungjawab seorang lelaki. Along perlu tegur silap Angah. Along tegur sebab sayang. Ya Allah, peliharalah dia dari apa-apa yang tidak diingini berlaku'.

* * * * *

Bunyi suara menangis mengejutkan Along dari lenanya. Terpisat-pisat dia bangun. Pukul empat pagi. Selesai mencuci muka, dia ke dapur. Niatnya ingin menyediakan makanan untuk bersahur terbantut apabila melihat ibunya sedang menangis dan ditenangkan oleh Angah.

"Ibu, kenapa ni?" soal Along.

Pandangan tajam Angah membuatkan Along faham. Angah marahkannya. Tapi kenapa? Hal semalam ke? Deringan telefon beberapa kali di ruang tamu. Along bergegas dan menjawab panggilan.

Senyumannya mengendur tatkala insan di hujung talian bersuara. Matanya berkaca. Hati terasa berat. Kepala seolah-olah diletakkan beban. Along terduduk. Patutlah ibu menangis. Patutlah Angah marahkannya.

'Ya Allah... Ampunkan aku, kerana gagal bahagiakan ibu. Ibu, maafkan Along. Along sayang ibu dunia dan akhirat." buat kali pertama, air matanya gugur di hadapan ibu.

🀍 Bersambung.. 🀍

Share:

0 comments